Pengenalan


Akojaya Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1981 dengan satu tujuan untuk memperkenalkan produk pinggan-mangkuk berkualiti tinggi di kalangan rakyat Malaysia. Matlamat utama syarikat adalah untuk memastikan produk ini dapat menembusi pasaran secara meluas dan boleh digunakan oleh golongan wanita di negara kita. Maka terhasillah Sistem Parti dan Arcopal.

Arcopal amat sinonim dengan Akojaya dan ini menunjukkan betapa kuatnya usaha Akojaya untuk menjadikan jenama dan produknya terkenal. Kami juga mempunyai hubungan kerjasama yang panjang dengan pembuat kaca nombor 1 dunia, Arc International. Jenama di bawah Akojaya juga telah bertambah daripada Arcopal kepada lebih 5 lagi jenama iaitu Luminarc, Arcuisine, Vitroflam, Crystal D’Arques dan Rak Glass.

Pada masa yang sama, peneraju Akojaya juga faham dengan kesukaran untuk memulakan sesuatu perniagaan. Selain daripada kos yang tinggi, faktor lain yang perlu diambilkira adalah seperti memperkenalkan produk baru dan keberkesanannya, memastikan stok sentiasa mencukupi serta perbelanjaan tinggi untuk iklan dan promosi. Pada tahun 1980-an, satu sistem pengagihan yang lebih berkesan telah diperkenalkan dengan memberi lebih tumpuan untuk berkongsi ganjaran dengan pelbagai pihak di dalam rantaian untuk memaksimumkan pengedaran produk dan jenama. Dari sinilah lahirnya Sistem Parti Akojaya dan ianya masih dilaksanakan sehingga kini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...